Monday, 3 February 2014

Satu Kelebihan Tanda Kesyukuran TerhadapNya

Permulaannya, kami sekeluarga telah merancang untuk ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan sempena Percutian Tahun Baru Cina 2014. Kami sekeluarga mengatur perjalanan pada hari jumaat (31 Januari 2014) sehingga Sabtu (01 Februari 2014).

Tetapi, Allah SWT terlebih dahulu merancang yang baik untuk kami. Daryn Haniss dikhabarkan mengalami kesakitan perut yang amat sangat sehinggakan mukanya pecut. Panggilan di terima dari Pengerusi Tadika Didik Al Insan pada jam 04:45 petang setelah mereka mengambil langkah yang sebaik-baiknya. Saya tiba di tadika dan membawa anak ke Klinik Keluarga bagi mendapat rawatan awal tetapi hanya memperolehi surat temujanji doktor dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Hospital Columbia Asia
Keluar dari Klinik Keluarga tersebut, saya telah mengambil keputusan yang ringkas dan mudah iaitu membawa Daryn Haniss ke Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Jarak dari kediaman adalah 23km (25 minit) untuk sampai ke destinasi itu.

 
Medical Card Yang Di gunakan
Pendaftaran sebanyak RM300.00 sebagai deposit tunai dikenakan kerana kami mempunyai Plan Kad Perubatan (A-Medik).

Daryn Haniss di masukkan ke dalam wad (2 Bed) bagi memperolehi rawatan di Hospital Columbia Asia, Nusajaya yang di bawah selia rawat Dr. Rohana, di Bilik 77B. Kami menunggu kehadiran doktor selama 30 minit iaitu jam 8:00 malam. Perbincangan bersama doktor berpandukan "Blood & Urine Test" didapati bahawa anak saya mengalami Jangkitan Kuman dan Demam.

Daryn Hanis di rawat selama 2D2N yang diberikan makan & minum al Hotel...katanya Daryn Haniss. Motivasi dan sifat positifnya memberikan impak yang positif bagi memperolehi kesihatan untuk dirinya. Walaupun, dia menangis pada hari terakhir bagi memastikan tiada kuman di dalam perutnya. Terima kasih kepada ALLAH atas izinNya. Syukur kami sekeluarga akan keluar wad pada jam 12:30 tengah hari Sabtu (01 Februari 2014).
Gelagat / Aksi di Hospital Columbia Asia, Nusajaya
Tarikh : 30 Januari 2014 (Khamis) - 01 Februari 2014 (Sabtu)





Sunday, 2 February 2014

Sekilas Angin Di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor


Dahulu di kenali sebagai Pekan Perlombongan Bauksit. Teluk Ramunia terletak di Pengerang, tenggara Johor dan mengadap Laut China Selatan.  Ramunia ialah nama sejenis buah-buahan tempatan yang rasanya agak masam.

Jarak Perjalanan Kami
 Jarak yang di ambil daripada kediaman kami ialah 94km untuk sampai. Macam biasa Lebuhraya Senai-Desaru sebagai Jalan Pilihan Utama kami sekeluarga. 

Masa yang di ambil adalah 1 jam 30 minit.

Syukur alhamdulilah, kami sekeluarga selamat sampai dan disambut oleh keluarga yang terdahulu sampai..... Inilah keluarga yang lambat sampai.

Inilah dia....Ramunia Beach Resort
Sejurus sampai....cari chalet untuk tidur malam ni...Std Room 8A....satu Queen & Single Bed...cukuplah untuk kami sekeluarga tidur....(2 dewasa 2 kanak)....Sebenarnya...."nasib dapat chalet,nasib ada adik ipar, nasib xde orang dtg...jika tidak pulang dengan kemurungan)
Ramunia Beach....Kami Datang...

Keseronokan angin pantai ramunia memikat jiwa meronta membelah ombak....tetapi apakan daya....keindahannya penuh berhati-hati....

Kami sekeluarga memilih tidak bermandi ombak tetapi cuma mengajak anak kami bermain pasir pantai.....(ayat sendiri2 ye...camner nak halang anak mandi jika ombak nye deras).

 Keseronokan bermain pasir pantai di tunda pada jam 07:15 petang....kerana magrib menjelma... Berjalan dengan seribu kemalasan menuju ke Chalet induk untuk mengetahui menu mlm nye pulak.....amboi.....nak gie shopping pulak.

Kepastian yang dapat..., ada ayam untuk disantap. Kami sekeluarga meneruskan jelajah kaki menuju chalet kami sekeluarga untuk persiapan dan memberishkan diri dari segala pasir laut yang melekat di badan. 

Sesudah solat kami sekeluarga menuju ke Chalet Induk untuk aktiviti santapan. Wow...ada BBQ chicken, sosej dan seumpamaannya....terima kasih chef yang sudi. Terima kasih jugak kepada MasterChef yang tidak menyenaraikannya ke final 2013, jika tidak.....tidak dapatlah kami rasa....(wakakaka).

Sambil santap sambil bercerita itulah tema malam kami. sekali mulut terbuka berlumba angin pantai masuk...suasana malam memang best giler bersama angin pantai....tidak pergi cameron atau bukit tinggi pun tidak mengapa....(ada kwn kisah)di tambah perisa dengan gelak tawa...anak-anak menambah suasana ceria di malam ramunia. Memang terbaik la....

Cerita kami hampir di tamatkan dengan mencari ruang untuk tidur....tetapi masih bercerita dan bergelak ketawa.... Walaupun ada yang sudah keletihan dan tidur...Maklumlah..,rumah jauh-jauh sekarang nie....dulu satu rumah....

Berlaku perpecahan kumpulan, segelintar ahli kami akan menyertai kumpulan memancing dan segelintar menyertai mencari TIDUR...itu semuanya selepas aktiviti menurunkan kalori di dalam badan. Awal pagi, kami digegarkan dengan panggilan monyet di belakang chalet kami. Pembersihan diri untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Gelora di minda adalah Mandi Laut....Bersiap dan menuju ke Chalet Induk kerana 2 keluarga terpaksa bergegas untuk melaksanakan urusan mereka....Apalagi....Masa untuk kamera la. Berkamera sakan tanpa mempedulikan orang yang tengah tidur di khemah. beberapa kali snap baru teringin orang tengah tidur tidak bergambar...hahaha......tinggal lah kami 3 keluarga yang di tinggalkan oleh ibu.

Laut masih curiga dengan kehadiran kami dan angin melambai-lambai kedatangan kami.....(tidak dapat mandi laut....lg)

Kami check out jam 2:00 petang. Membawa diri kerana di tinggalkan oleh ibu menuju ke Bandar Penawar, Din Corner, Selera Kampung tempat tujuan kami. Selesai penuhkan perut, kami sekeluarga bergegar pulang ke JB melalui Lebuhraya Senai-Johor. Ketika dalam perjalanan kami sekeluarga teringat pesanan penaja Iklan.......(jeng2....tidur dalam kereta iaitu pertama kali di Lebuhraya)...Semasa meneruskan jelajah, kami terserempak 2 sahabat baik yang saling bantu-membantu melalui perhubungan menolak motosikal.....sangat terharu. Semoga mereka selamat sampai sepertimana kami sekeluarga....

 Tarikh Percutian : 01 Februari - 02 Februari 2014


Friday, 27 December 2013

Selamat Bersekolah 2014 Anak ku

Tadika Didik Al Insan telah disenarai pendek oleh isteriku Aryani Arnida Bt Ismail setelah berbincang bersama ahli keluarga kami sendiri. Kenapa di senaraipendek?

Jawapannya:
Pusat pendidikan yang Berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Johor ini mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak ke arah meyebarkan dakwah Islam dalam kontemporari cabaran globalisasi masa kini.

Yang seronoknya, persetujuian turut diberikan oleh anak-anak kami....Syukur kerana ia berdaftar dari Majlis Agama Islam Negeri Johor...

Semoga mereka berseronok mempelajari sesuatu di sana. Melihat kepada objektifnya, tadika ini diwujudkan untuk suatu generasi komuniti masyarakat masa hadapan yang mampu memimpin negara, melahirkan manusia gemilang, terbilang dan cemerlang dalam semua bidang. Sungguh mantap temanya.

Jadi...inilah tadikanya.....


Jarak dari kediaman ke Tadika  : 1.0 km (4 minit)
Jarak dari UTM ke Tadika         : 4.4 km (6 minit) kerja ibunya.
Jarak dari Ulu Tiram ke Tadika : 33.6 km (40 minit) kerja ayahnya.









Monday, 9 December 2013

LOTUS DESARU.......

Lotus Desaru Terletak 75 km daripada keseronokan bandar. Bertaraf hotel 4-bintang ini terletak di lokasi yang sangat baik dan menyediakan akses kepada tarikan terbesar di Bandar Penawar.

Lotus Desaru Beach Resort menempatkan 647 bilik. Hotel ini menyediakan kemudahan rekreasi yang baik seperti pantai persendirian, kolam renang luar, sukan air (bermotor), sukan air (tidak bermotor), kolam renang (kanak-kanak) untuk membuat penginapan anda benar-benar tidak dapat dilupakan. Lotus Desaru Beach Resort merupakan tempat yang ideal bagi penginapan pelancong yang mencari keindahan, keselesaan dan kemudahan di Desaru. 


Perjalanan kami bermula di Fakulti Pengurusan, UTM dengan mengambil isteri tersayang yang melanjutkan Pembelajaran Peringkat Sarjana Muda dan mengambil Laluan Lebuhraya Senai-Desaru. Masa Perjalanan selama 40 minit dengan keadaan jalan yang basah disebabkan hujan. Tiba di LOTUS DESARU dan mendaftar masuk jam 16:30. 

Kelengkapan dan Kemudahan yang disedikan sama dengan Hotel yang setaraf dengannya. Perbezaannya Bilik tidur berada di tingkat atas bagi 1 Bilik. Jika ahli keluarga ramai ruang bawah juga boleh ditempatkan untuk tidur kerana sangat besar. 

Syukur, bilik kami sekeluarga berhadapan dengan Water Park untuk anak-anak kami beriadah esok. Perasaan mereka bergelora mendengar jerit pengunjung yang datang awal ke Water Park. Syukur, perasaan mereka dapat di kurangkan dengan adanya bath tab di tingkat atas. Kami sekeluarga membuat keputusan, makan malam kami sea view secara Dinner Buffet kerana hujan masih membasahi bumi Desaru, Kota Tinggi.....

Menjelang keesokan hari..nye....

Selepas Breakfast.......aerobik. walaupun tidak ramai yang turut serta tetapi bolehlah membayar lemak selepas makan. Ramai baru kami,orang yang bekerja di UTM......kecil sungguh bumi Johor, bertambah rakan isteri di sana.....kami beraerobik selama 30 minit yang dikendalikan oleh staf Lotus Desaru. Cuaca yang sangat baik....ayat yang paling ditunggu ialah BILA NAK MANDI KOLAM dari anak-anak yang tidak sabar menanti.

Saat-saat Yang Di Tunggu........


 Mandi Water Park......

Keseronokannya, hanya sesiapa yang masuk ke sana. Laluan biru sangat mencabar......untuk menjaga anak-anak kerana di akhir laluan paras airnya dalam kerana kami bergelonsor dengan keadan duduk melunjur kaki sambil memegang anak-anak.


Percutian : 08-09 DISEMBER 2013


Friday, 6 December 2013

Renungan Keluarga



Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.

Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti - Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.





9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.