Friday, 27 December 2013

Selamat Bersekolah 2014 Anak ku

Tadika Didik Al Insan telah disenarai pendek oleh isteriku Aryani Arnida Bt Ismail setelah berbincang bersama ahli keluarga kami sendiri. Kenapa di senaraipendek?

Jawapannya:
Pusat pendidikan yang Berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Johor ini mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak ke arah meyebarkan dakwah Islam dalam kontemporari cabaran globalisasi masa kini.

Yang seronoknya, persetujuian turut diberikan oleh anak-anak kami....Syukur kerana ia berdaftar dari Majlis Agama Islam Negeri Johor...

Semoga mereka berseronok mempelajari sesuatu di sana. Melihat kepada objektifnya, tadika ini diwujudkan untuk suatu generasi komuniti masyarakat masa hadapan yang mampu memimpin negara, melahirkan manusia gemilang, terbilang dan cemerlang dalam semua bidang. Sungguh mantap temanya.

Jadi...inilah tadikanya.....


Jarak dari kediaman ke Tadika  : 1.0 km (4 minit)
Jarak dari UTM ke Tadika         : 4.4 km (6 minit) kerja ibunya.
Jarak dari Ulu Tiram ke Tadika : 33.6 km (40 minit) kerja ayahnya.









Monday, 9 December 2013

LOTUS DESARU.......

Lotus Desaru Terletak 75 km daripada keseronokan bandar. Bertaraf hotel 4-bintang ini terletak di lokasi yang sangat baik dan menyediakan akses kepada tarikan terbesar di Bandar Penawar.

Lotus Desaru Beach Resort menempatkan 647 bilik. Hotel ini menyediakan kemudahan rekreasi yang baik seperti pantai persendirian, kolam renang luar, sukan air (bermotor), sukan air (tidak bermotor), kolam renang (kanak-kanak) untuk membuat penginapan anda benar-benar tidak dapat dilupakan. Lotus Desaru Beach Resort merupakan tempat yang ideal bagi penginapan pelancong yang mencari keindahan, keselesaan dan kemudahan di Desaru. 


Perjalanan kami bermula di Fakulti Pengurusan, UTM dengan mengambil isteri tersayang yang melanjutkan Pembelajaran Peringkat Sarjana Muda dan mengambil Laluan Lebuhraya Senai-Desaru. Masa Perjalanan selama 40 minit dengan keadaan jalan yang basah disebabkan hujan. Tiba di LOTUS DESARU dan mendaftar masuk jam 16:30. 

Kelengkapan dan Kemudahan yang disedikan sama dengan Hotel yang setaraf dengannya. Perbezaannya Bilik tidur berada di tingkat atas bagi 1 Bilik. Jika ahli keluarga ramai ruang bawah juga boleh ditempatkan untuk tidur kerana sangat besar. 

Syukur, bilik kami sekeluarga berhadapan dengan Water Park untuk anak-anak kami beriadah esok. Perasaan mereka bergelora mendengar jerit pengunjung yang datang awal ke Water Park. Syukur, perasaan mereka dapat di kurangkan dengan adanya bath tab di tingkat atas. Kami sekeluarga membuat keputusan, makan malam kami sea view secara Dinner Buffet kerana hujan masih membasahi bumi Desaru, Kota Tinggi.....

Menjelang keesokan hari..nye....

Selepas Breakfast.......aerobik. walaupun tidak ramai yang turut serta tetapi bolehlah membayar lemak selepas makan. Ramai baru kami,orang yang bekerja di UTM......kecil sungguh bumi Johor, bertambah rakan isteri di sana.....kami beraerobik selama 30 minit yang dikendalikan oleh staf Lotus Desaru. Cuaca yang sangat baik....ayat yang paling ditunggu ialah BILA NAK MANDI KOLAM dari anak-anak yang tidak sabar menanti.

Saat-saat Yang Di Tunggu........


 Mandi Water Park......

Keseronokannya, hanya sesiapa yang masuk ke sana. Laluan biru sangat mencabar......untuk menjaga anak-anak kerana di akhir laluan paras airnya dalam kerana kami bergelonsor dengan keadan duduk melunjur kaki sambil memegang anak-anak.


Percutian : 08-09 DISEMBER 2013


Friday, 6 December 2013

Renungan Keluarga



Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.

Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti - Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.





9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.